syawal, ku dakap mu penuh kemenangan meski luluh jiwa ku melepaskan ramadhan
walau tidak bersama mak, abah dan keluarga tersayang
telah ku titip salam mohon kemaafan
di samping suami menganyam kebahagiaan
Duhai suami ku.. setulus kasih untuk mu. ku mohon maaf zahir batin dari mu. terima kasih untuk segalanya hubbi. duhai cinta ku, didiklah jiwa mu & jiwa ku, meniti jalan penuh liku, membina keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah ini. wahai belahan jiwa ku, redha Allah swt ke atas ku di atas redha mu. maafkan kekasihmu..
... aduhai, demikian sayu hati ku di pagi syawal ini. 1 syawal 1431H
hmm.. seawal 5 pagi tadi aku mandi sunat aidil fitri. Pagi ini, selepas solat sunat hari raya, aku & keluarga suami ku akan ke kampung Tebuk Mufrad melakukan tradisi keluarga mertua berkunjung ke rumah mbah, meraikan syawal bersama. menurut zawji, biasanya pada 1 syawal, ramai ahli keluarga ayahnya berkumpul & beraya di rumah mbah. inilah kali pertama pada aidl fitri pertama aku akan ke rumah utama keluarga zawji.
setelah itu, kami akan ke rumah wak bawok (abang kepada mak mertua) dan ke rumah wak jah (isteri arwah abang kepada bapa mertua). suatu yang pasti, aku belum mengenal seluruh keluarga suami ku. masih ada yang ingat-ingat lupa selepas perkenalan sepanjang 1 tahun 9 bulan pernikahan kami. entah apalah perasaan ku nanti. saat ini, sayu mengenang mak, abah dan keluarga nun di seberang laut.
suatu yang ku fahami, hati ku meronta, dada ku sesak, jiwa ku hampa. bukan kerana terpaksa beraya di sabak bernam, tetapi kerana peluang untuk pulang beraya ke kampung halaman yang masih mampu diusahakan telah suami ku abaikan. begitu saja. natijahnya, lebaran ini aku hanya memendam perasaan. memujuk hati untuk bersabar. namun hati tetap sepi, sunyi. wallahu 'alam bis sawab.. T_T
Taqaballahu minna waminkum. Minal aidin walfaizin kullu amin wa antum bil khoir. Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
No Response to "~ 1 syawal di Sabak Bernam ~"
Post a Comment