~ kerana aku adalah isteri III ~

# saat rasa berbicara #

Fitrah nisa' ingin dikasihi, disayangi, dimanja, dibelai mesra.. dan ana adalah isteri.. Sejujurnya, sungguh ana sangat suka disayangi, dimanjai dan dibelai zawji. Alhamdulillah.. zawji juga sangat menyayangi. Namun ada ketikanya, fitrah rijal terkadang sukar membaca reaksi.. maka duhai para zawji, telusurilah sebuah jiwa yang telah Allah ciptakan dengan kehalusan perasaan bergelar zawjah ini.. v_v


Duhai para zawji...;
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami-suami,

Jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian..kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai para suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?



Apakah keistimewaan perempuan ini?


Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN dan CIUMANnya mampu memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

dia TERHARU dan dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd orang-orang yang dikasihinya. ..

dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .

dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya mampu membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

~ kerana aku adalah isteri II ~

# muhasabah cinta #







 ...hamba yang mengharap redha Tuhannya, isteri yang mengharap redha suaminya, anak yang mengharap redha orang tuanya, banat yang mengharap redha gurunya dan teman yang mengharap redha sahabatnya.. T_T


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: 

“Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: 

“Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya”

~ kerana aku adalah isteri ~

# Muhasabah cinta #

~ doa hamba;


"Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, jauhkan hamba daripada menjadi golongan isteri yang fasik. 

Duhai pemilik cinta, jadikanlah hamba lebih baik daripada golongan isteri Solehah.

Ya Rahman, tuntunlah hamba menjadi salah seorang daripada golongan isteri Muqarrobin. 


Duhai Pencinta yang Maha Mencinta, rezekikan hamba menjadi salah seorang daripada golongan isteri Siddiqin. Engkaulah yang Maha Berkehendak dan Maha Mengabulkan. Dan Hanya kepadaMu lah hamba memohon pertolongan. Amin Allahumma amin" T_T


Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.


Rasululllah saw bersabda:

“Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.."

Hadith riwayat Tirmizi


~ Jibril mintak api neraka.. ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt teman-teman..

Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh sahabat ana. Kisah ini bermula setelah Adam a.s diturunkan ke dunia. Ketika itu tidak ada api di dunia untuk baginda memasak. Maka malaikat Jibril pun berjumpa malaikat Malik untuk meminta sedikit api buat Nabi Adam.

Jibril: "Wahai Malik, berilah aku api sebesar sebiji buah
         kurma"

Malik: "Wahai Jibril, jika kau menginginkan api sebesar sebiji
         buah kurma maka akan terbakar tujuh petala langit
         dan tujuh petala bumi"

Jibril: "Kalau begitu, berilah aku api sebesar separuh
         daripada sebiji buah kurma"

Malik: "Jika kau menginginkan api sebesar itu, maka tidak akan ada setitis air hujan pun yang akan turun ke bumi dan tidak akan ada tumbuhan yang akan tumbuh di bumi kerana panasnya api itu"


Mendengarkan kata-kata Malik itu, Jibril berasa sangat susah hati. Maka Jibril pun memohon pada Allah swt. Mendengar kerisauan Jibril, Allah swt pun memerintahkan Jibril meminta api sebesar biji sawi.
 

Jibril: "Wahai Malik, Allah swt memerintahkan aku
          meminta api sebesar biji sawi"



Mendengar kata-kata Jibril, Malaikat Malik pun mengambil api sebesar biji sawi. Sebelum memberikan api itu kepada Jibril, Malaikat Malik telah membasuh api tersebut dengan air dari 70 buah sungai di syurga.

Setelah sampai ke bumi, Jibril meletakkan api sebesar biji sawi itu di atas gunung. Dengan semena-mena gunung tersebut hancur luluh. Melihat kejadian itu Jibril pun memulangkan api sebesar biji sawi yang telah dibasuh dengan air dari 70 buah sungai di syurga itu kepada Malik. Akhirnya, api yang digunakan di dunia hanyalah asap-asap dari api neraka sehingga ke hari ini..


Demikianlah teman. Alangkan api lilin pun tak siapa sanggup meletakkan jari telunjuk di atasnya hatta 5 saat. Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kisah ini. ><

~ Matematika Ramadhan 2 ~



SubhanAllah.. sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang ramadhan kali ini diwarnai kekaguman akan kemurahan Allah swt. Sungguh kita manusia yang sering alpa, namun atas rahmatNya betapa jauh Allah meninggalkan murka pada hamba-hambaNya.



Murid: "Betapa nikmatnya hikmah ramadhan ya cikgu"


Cikgu: "Na'am. Betapa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Cuba
           hitung ganjaran yang kita dapat ketika membaca surah Al-Fatihah
           setiap kali bertadarus dalam bulan ramadhan?" 


Murid: "Surah Al-Fatihah mempunyai 138 huruf. 1 huruf mendapat 10 ganjaran.
           138 darab 10 sama dengan 1 380 ganjaran. Setiap amalan yang
           dilakukan dalam bulan ramadhan diberikan 10 ganjaran yang serupa.
           maka 1 380 darab 10 sama dengan 13 800 ganjaran! SubhanAllah!
           Banyaknya! Hanya sural Al-Fatihah sahaja kita boleh jadi kaya pahala!



Demikianlah teman.. Maha Pemurahnya Allah swt itu tidak mampu dihitung atau digambarkan. SubhanAllah.. Bersyukurlah bukan hanya dengan hamdAllah. Bersyukurlah dengan sikap dan amal.