# Muhasabah cinta #
~ doa hamba;
"Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, jauhkan hamba daripada menjadi golongan isteri yang fasik.
Duhai pemilik cinta, jadikanlah hamba lebih baik daripada golongan isteri Solehah.
Ya Rahman, tuntunlah hamba menjadi salah seorang daripada golongan isteri Muqarrobin.
Duhai Pencinta yang Maha Mencinta, rezekikan hamba menjadi salah seorang daripada golongan isteri Siddiqin. Engkaulah yang Maha Berkehendak dan Maha Mengabulkan. Dan Hanya kepadaMu lah hamba memohon pertolongan. Amin Allahumma amin" T_T
Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala
meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang
selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun
kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi
masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang
tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak
pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa
cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut,
marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah
tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka
dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Rasululllah saw bersabda:
“Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada
orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka
bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’
iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab,
“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling
bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.."
Hadith riwayat Tirmizi
10:08 PM
Wanisa ibnu Roslee

Posted in 





No Response to "~ kerana aku adalah isteri ~"
Post a Comment