~ Jibril mintak api neraka.. ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt teman-teman..

Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh sahabat ana. Kisah ini bermula setelah Adam a.s diturunkan ke dunia. Ketika itu tidak ada api di dunia untuk baginda memasak. Maka malaikat Jibril pun berjumpa malaikat Malik untuk meminta sedikit api buat Nabi Adam.

Jibril: "Wahai Malik, berilah aku api sebesar sebiji buah
         kurma"

Malik: "Wahai Jibril, jika kau menginginkan api sebesar sebiji
         buah kurma maka akan terbakar tujuh petala langit
         dan tujuh petala bumi"

Jibril: "Kalau begitu, berilah aku api sebesar separuh
         daripada sebiji buah kurma"

Malik: "Jika kau menginginkan api sebesar itu, maka tidak akan ada setitis air hujan pun yang akan turun ke bumi dan tidak akan ada tumbuhan yang akan tumbuh di bumi kerana panasnya api itu"


Mendengarkan kata-kata Malik itu, Jibril berasa sangat susah hati. Maka Jibril pun memohon pada Allah swt. Mendengar kerisauan Jibril, Allah swt pun memerintahkan Jibril meminta api sebesar biji sawi.
 

Jibril: "Wahai Malik, Allah swt memerintahkan aku
          meminta api sebesar biji sawi"



Mendengar kata-kata Jibril, Malaikat Malik pun mengambil api sebesar biji sawi. Sebelum memberikan api itu kepada Jibril, Malaikat Malik telah membasuh api tersebut dengan air dari 70 buah sungai di syurga.

Setelah sampai ke bumi, Jibril meletakkan api sebesar biji sawi itu di atas gunung. Dengan semena-mena gunung tersebut hancur luluh. Melihat kejadian itu Jibril pun memulangkan api sebesar biji sawi yang telah dibasuh dengan air dari 70 buah sungai di syurga itu kepada Malik. Akhirnya, api yang digunakan di dunia hanyalah asap-asap dari api neraka sehingga ke hari ini..


Demikianlah teman. Alangkan api lilin pun tak siapa sanggup meletakkan jari telunjuk di atasnya hatta 5 saat. Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kisah ini. ><

No Response to "~ Jibril mintak api neraka.. ~"