~ Horoskop/ zodiak HARAM! ~

Bismillahirrahmanirrahim

Sampai ke hari ini masih ada ummat Muhammad saw, ummat Islam yang membaca atau melanggan horoskop / zodiak. Astaghfirullah al-'azim.

Membaca/melanggan horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau
di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira merekapercaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Berdasarkan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. 

Perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Semoga tulisan ini memberi manfa'at kepada pembaca sekalian. 

http://www.4finderz.netKlik capaian sumber di sini

No Response to "~ Horoskop/ zodiak HARAM! ~"