SubhanAllah.. seronoknya pengajaran Matematik tahun 3 sepanjang Ramadhan tahun ni. Setiap kali mengajar, ada saja suara-suara kagum. Ada saja puji-pujian kepada yang Maha Agung. Sang guru mengajar muridnya TAMAK. Menyuruh muridnya berlumba-lumba untuk menjadi JUTAWAN...
Tak salahkan kalau ana didik murid-murid untuk TAMAKkan PAHALA? Seronok bila mengajak murid-murid menjadi JUTAWAN AKHIRAT! Mudah menjadi JUTAWAN AKHIRAT ketika bulan Ramadhan.
Pembelajaran Matematik pun bermula...
Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"
Cikgu: Berdasarkan hadith nabi tersebut, pahala bacaan Al-Quran pada bulan-bulan lain selain Ramadhan dikira 10 ganjaran untuk satu huruf. Hitungkan pahala yang kita dapat jika hanya membaca "bismillahirrahmanirrahim".
Murid: "bismillahirrahmanirrahim" ada 19 huruf. 10 ganjaran darab 19 huruf sama dengan 190 ganjaran cikgu! SubhanAllah.. banyaknya! Itu baru baca "bismillahirrahmanirrahim"!
Cikgu tersenyum.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:" Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi."
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Hurairah RA.)
Cikgu: Kita dapat 190 ganjaran dengan membaca "bismillahirrahmanirrahim" ketika bulan-bulan lain. Menurut hadith yang baru cikgu sebutkan tadi, semua amalan kita digandakan ganjarannya sebanyak 10 kali ganda pada bulan ramadhan. Hitungkan ganjaran yang kita dapat dengan hanya membaca "bismillahirrahmanirrahim" di bulan ramadhan.
Murid: 190 ganjaran darab 10 kali ganda sama dengan 1 900 ganjaran. SubhanAllah!! Senangnya nak kaya dalam bulan ramadhan ni cikgu! Sekali baca "bismillahirrahmanirrahim" dah dapat 1 900 ganjaran! Kalau setiap hari membaca Al-Quran 10 muka surat.. wah, kami jutawan pahala la cikgu!!!!! SubhanAllah!! Alhamdulillah!!
... Begitulah teman-teman. Mudah kan jadi jutawan?! Renung-renungkan dan selamat beramal!
p/s betulkan kalau ana salah ye.. ^^,
11:38 PM
Wanisa ibnu Roslee
Posted in 





1 Response to "~ MATEMATIKA RAMADHAN ~"
Subhanallah kak..pemurahnya Dia terhadap hamba2Nya.. :')
Post a Comment