~ Muhasabah Cinta Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..
Perkongsian ini adalah peringatan khas buat diri hambaMU yang sering alpa ini ya Robbi.. setelah sekian lama dan kesekian kalinya wadah kalam hamba bisu tanpa bicara. Hamba mohon ampun dan perkenanMU ya Rahman..


Tazkirah Ramadhan
Oleh; Absyar Fuad & Suzana Ismail
        (Adab Ramadan ~ Ramadan Pencetus Kecemerlangan Dunia Akhirat terbitan PTS Islamika)

Kebiasaan umat Islam setiap kali Ramadhan bertandang hampir tidak pernah berubah. Sering kebiasaan-kebiasaan ini menjadi perkara yang "tidak disedari" atau "terlepas pandang". Seharusnya kebiasaan ni dibetulkan.

BAZAR vs Masjid

~ BIASANYA pengunjung bazar ramadhan jauh lebih ramai daripada jama'ah solat fardhu subuh, maghrib atau isya' di masjid.

BERBUKA vs Ibadah

~ BIASANYA fikiran lebih banyak memikirkan "hendak berbuka apa hari ini?" Kita kurang bermuhasabah tentang ibadah. 

~ yang BETULNYA, kita persoalkan diri. Sudah khatam Quran ramadhan ni? Sudah berapa kali khatam? Solat tarawih? Zikir? Sedekah?

TARAWIH : awal VS akhir Ramadhan

~ BIASANYA di awal Ramadhan, jama'ah tarawih hampir memenuhi masjid-masjid atau surau-surau. Ketika Ramadhan semakin jauh, saf jama'ah semakin berkurangan. Malah, menjelang 20 Ramadhan ada surau-surau atau masjid-masjid yang bilangan saf jama'ahnya tinggal satu.

QTY & QTT IBADAH : awal VS akhir Ramadhan

~ BIASANYA semangat berkobar-kobar pada awal Ramadhan. Semangat itu sering malap d akhir-akhir Ramadhan. Semakin Ramadhan ingin berlalu, semakin banyak yang perlu diselesaikan. Semua ibadah semakin berkurang.

~ yang BETULNYA, semakin jauh Ramadhan meninggalkan kita semakin berkobar semangat untuk beribadah.
 
RAMADHAN vs SYAWAL

~ BIASANYA kedatangan Syawal lebih dinanti-nantikan berbanding Ramadhan. Kita telah lama melupakan Ramadhan saat belum pun ia pergi. Pelbagai persiapan dibuat untuk menyambut Syawal. Lagu-lagu raya telah banyak kedengaran di mana-mana menjelang 3 Ramadhan.

~ yang BETULNYA, persiapan Ramadhan lebih rancak berbanding Syawal. Insafi kepergian Ramadhan dan syukuri kedatangan Syawal.



maka ayuhlah saudara saudari sekalian!

BETULKAN yang BIASA,
BIASAKAN yang BETUL!

Salam madrasah Ramadhan.. ^^, 

1 Response to "~ Muhasabah Cinta Ramadhan"

ajahar said...

salam...terima kasih atas perkongsian di atas puan anis...:)