Entri ini kelewatan sebulan sehari dari tarikh kejadian. Memang telah lama jemari ini ingin melungsur kata-kata melalui papan kekunci komputer riba suami, namun tertanggguh dan menangguh. Malah banyak lagi entri yang berdesak-desak di minda & sanubari ini untuk dikongsikan kepada semua. Apakan daya, aulawiyyat menuntut keutamaannya. Alhamdulillah hari ini insyaAllah akan lerai sebuah himpunan kata untuk difikirkan bersama.
16 Julai lalu ana berangkat ke LCCT untuk balik ke kampung menggunakan khidmat pengangkutan komuter stesen UKM. Alhamdulillah, dengan inisiatif pihak pengangkutan komuter kemudahan Koc Wanita disediakan khas untuk wanita / perempuan. Kemudahan ini sesungguhnya mampu memartabatkan maruah wanita khususnya muslimah.
Malangnya, papan tanda "Koc Wanita; wanita sahaja sepanjang masa" kurang efektif untuk menyatakan bahawa koc tersebut adalah untuk wanita sahaja. Mungkin di beberapa stesen lain, lebih-lebih lagi di pusat bandar tidak bermasalah. Namun, di stesen-stesen lain seperti stesen UKM, papan tanda tersebut seolah-olah gambar hiasan komuter yang tidak memberi sebarang makna bagi sesetengah rijal.
Ana kesal melihat sikap beberapa orang rijal yang berbuat selamba berpusu- pusu masuk ke dalam koc wanita bersama penumpang wanita yang lain. Buta hurufkah mereka? Ataukah mereka buta hati? Atau mungkin mereka hidup tidak berTUHAN? MasyaAllah! Demi memaparkan sikap tidak bertanggungjawab dan hakikat kezaliman manusia untuk memperjuang hak ke atas maslahat wanita, ana mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil gambar suasana tersebut.
Inilah kisah hakikat kezaliman manusia. Ana doakan semoga semua rijal di luar sana menjadi insan yang prihatin dan peka akan keperluan untuk bersama-sama menjaga maruah wanita.
Glosari;
Aulawiyyat = keutamaan
Rijal = lelaki
Aulawiyyat = keutamaan
Rijal = lelaki
~ suatu sudut waktu anugerahMU ~
9:46 PM
Wanisa ibnu Roslee

Posted in 





No Response to "~ Buta huruf, buta hati atau hidup tak berTUHAN? ~"
Post a Comment