~ di dunia bOleh lari. bagaimana di akhirat nanti? ~

Harian Metro

Setempat / 21 Ogos 2010

2 lelaki ponteng puasa lari lintang-pukang 

GEORGETOWN: Dua lelaki ponteng puasa sanggup lari lintang-pukang sejauh hampir 100 meter semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada dicekup pegawai penguat kuasa agama dalam operasi di Permatang Rawa, Bukit Mertajam, di sini, kelmarin.

Lebih melucukan aksi lumba lari itu bukan saja membabitkan pegawai penguat kuasa agama, malah dibantu dua pelajar sekolah menengah yang turut menahan kedua-dua kaki ponteng itu.


Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku ketika penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melakukan Ops Ramadan di Seberang Perai Tengah. 

Dari ana;
Ya Allah Tuhan yang menguasai hari pembalasan, berilah ampun, rahmat dan hidayahMU. Sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha mengasihani.

No Response to "~ di dunia bOleh lari. bagaimana di akhirat nanti? ~"