~Bi iznillah, masih di sini~


Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan ana bernafas. Allah masih memberikan ana kesempatan utnuk menulis dan insyaAllah terus menulis.

Sulit. Memang sulit memperhitung waktu. Yang di tunggu pasti sangat lambat terasakan. Aduh, bahasa tulis ana terpengaruh buku yang sedang ana uliti. Tinggal sedikit lagi. Namun banyak lagi buku yang menanti.






Hafalan solat Delisa; 
buku yang sedang akrab dengan ana. Semalam sempat menghabiskan separuh halaman. MasyaAllah, air mata ini tumpah.

Ana dikurniakan sekeping hati yang mudah luluh dengan sesuatu yang menyayat hati. Tidak kira sekadar mendengar, melihat, malah membaca juga. Mungkin ia menggambarkan ana sangat mudah tergoncang. Tapi insyaAllah, air mata yang membentuk hati ana lebih tabah. Air mata yang membuat ana sangat ingin akrab pada Yang Maha Berkuasa, pemilik Cinta.

Beberapa hari lagi ana akan menjejak kampung halaman. Ya Allah, izinkan ana dan suami pergi dan kembali dengan selamat. Inilah ibadah dan ihsan kami pada keluarga di sana, kerana MU ya Allah.

Teman & sahabat handai, juga semua yang mengenali kami. Doakan kepergian juga kepulangan kami.

Mohon dimaafkan kesalahan kami. Halalkan segalanya untuk kami. Semoga perjalan ini dipermudahkan Robbul Izzati. Kami juga mendoakan, menghalalkan serta memaafkan kalian.

Hantarlah kepergian ramadhan dengan penuh keinsafan.
Sambutlah kedantang syawal dengan penuh kesederhanaan.

 

Salam kasih, salam kemaafan.

No Response to "~Bi iznillah, masih di sini~"