~SMS undangan cntaNYA~


 
Bismillahirrahmanirrahim
Bersama semilir syahdunya selawat ke atas junjungan Nabi SAW, tatkala hati sangat merindukanNYA, bibir menutur bicara sekeping hati nan rapuh saat pengaduan berteman air mata. 
Ya Allah pimpinlah perkataan ku, perbuatan ku  dan pemikiran ku.
  
Irama pujian buat Rasul junjungan SAW terdengar dari corong hp ku. Ku lirik sekilas, terpapar sms seorang hamba Allah yang ku sayang. Ku gapai hp lalu membacanya.
"Angah, macam mana kita boleh rasa dekat dengan Allah ketika solat?"
Ku tekan butang balas.
"Hmm,dengan mencintai akhirat, memberi makan hati, membaca Al-Quran & fahami apa yang dibaca,  bersungguh-sungguh semasa berdoa. InsyaAllah"
'Masej dihantar' terpapar pada skrin hp ku.

Irama pujian buat Rasulullah beralun lagi.
"Waktu kita solat, fikiran dan hati kita kadang-kadang di tempat yang tak sepatutnya. hamba teringin sangat waktu kita solat seperti Allah ada di depan kita. tapi tak. Macam tu maknanya Allah jauh dari kita kah?"

Ku balas lagi.

"Tak, Allah paling dekat dengan kita. Tapi kita yang wujudkan tembok dengan Allah. Cek balik diri kita. Sedangkan kewajipan yang Allah suruh pun kita tak buat, apatah lagi hal-hal senang macam berzikir, pun kita tak buat. Kalau orang ignore kita, kita nak tak terhegeh-hegeh datang kepada orang tu? Tapi Allah tetap tunggu kita datang kepadaNYA. Kita pernah peduli kah sebelum ni?"

'Masej dihantar'

'Ya Rasulullah ya HabibAllah..' irama beralun lagi.

"Tuhan tu Maha Mengetahui kan? DIA tahu kalau hambaNYA ikhlas mahu mendekatiNYA. hamba makhluk (insan) yang lemah. Tiada yang sempurna. Mustahil, (tp masih ada) ada manusia yang macam angah cakap. Dari cakap angah orang macam hamba ni yang masih bertatih mendekati Allah memakan masa untuk merasa dekat dengan Tuhan walaupun Tuhan itu dekat. Kalau esok Allah ambil hamba, hamba tak akan merasa dekat dengan Tuhan.."

Kali ni aku kena jawab panjang lebar. Mungkin 2 atau 3 sms perlu aku hantar. Aku terus tekan butang balas.

"Bukankah kita memang sedar & tahu bila-bila saja Allah panggil kita. Kenapa jadikan kelemahan kita sebagai alasan? Padahal kita ada banyak kekuatan hanya dengan sekehendak kita. kita yang tentukan pilihan kita (dengan izin Allah) Kenapa mahu berputus asa? Sepatutnya kematian itu mendorong kita untuk lebih berusaha merasa dekat dengan Allah. Kita silap besar kalau nak Allah yang dekati kita. Kita yang perlu mendekatiNYA. Kita yang perlu akur & taat padaNYA"

'Mesej dihantar'

'Mesej baru'

"Sms angah yang ke-2 (sebenarnya yang pertama) dah jawab semuanya. Itulah cara untuk rasa dekat dengan Allah. Penuhi kehendakNYA. Hati yang hidup dengan zikir, jiwa yang cinta akhirat, insyaAllah akan rasa Allas dekat walaupun di luar solat. Niat kerana Allah, bukan kerana Allah wajibkan ke atas kita. Berikan seluruh jiwa pada Allah ketika solat. Seolah-olah kita sedang bercakap & mendengar kata-kata Allah dalam ayat-ayat yang kita baca"

'Mesej dihantar'

Aku ingin ke aplikasi 'Mesej baru'. Ingin ku katakan;

"angah akui, bukan mudah. angah pun belum merasai kekhusyukan sebenar dalam solat. Kita sama-sama masih bertatih.  Kematian sentiasa mengawasi perjalanan. Namun kita masih berlengah. Kalau tegas dan bersungguh-sungguh, masa yang kita perlu untuk merasa dekat padaNYA tak lama. Namun masih jua pelbagai alasan kita bentangkan untuk terus berlari, mengejar cinta & cita-cita dunia walau sesekali kita cuba bertatih menapak akhirat yang jauh kita tinggalkan. Semoga niat kita menjejak redha & ampunanNYA, Allah santuni. Semoga Allah menghapus hijab hati yang menghalang kita mendekatiNYA"

Aplikasi ku padam. Ku lepaskan hp digenggaman. Ku biarkan hati bermonolog. Niat menghantar sms terhenti. Aku menyelami diri sendiri. Bermuhasabah, mengikuti fikir mata hati. Kami tiada bezanya. Sama-sama mencari cahaya. Walau aku di landas yang lebih bercahaya, tetap jua kelam & suram.

~suatu sudut waktu anugerahMU~

No Response to "~SMS undangan cntaNYA~"