~Pecutan terhenti~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamu'alaikum wbt

Ramadhan kian menghampiri penghujungnya. Dalam kebahagiaan menyambut syawal, terkenang ada pula yang akan kembali. Bebaskah ana di ambang syawal nanti? Suci kah ana seperti bayi yang baru lahir di gerbang syawal nanti? Astaghfirullah al-'azim..
Persoalan itu tidak berakhir di situ. Sedihnya menghantar kepergian ramadhan diruntun sebuah kepiluan.
Pilunya hati di 7 malam terakhir pecutan terhenti. Enjin yang sedang menambah kelajuan, tiba-tiba mati. Bergerak sedikit pun tidak, apatah memecut lagi. Namun ana tetap redha, kerana itulah ketentuan ilahi,
pada setiap nisa' di muka bumi.

Kegembiraan untuk pulang ke kampung diuji.
Kasihan hubbi. Allah mengujinya di munggu terakhir ini.
Kesihatan zawji terjejas. Hubbi batuk-batuk dan selsema. Badannya lemah.
Tapi zawji kuatkan juga berpuasa. Gagahkan juga pergi bekerja.
MasyaAllah.
Luluh hati ini,
tersentuh jiwa ini.
Ya Robbi, beri lah kesembuhan buat zawji.
Namun hati kecil kami tetap gembira. Gembira kerana insyaAllah esok kami akan berangkat pulang ke Sabah untuk berhari raya. Lebaran pertama kami  akan disambut bersama keluarga ana. Semoga semua orang berbahagia.

Salam pecutan akhir ramadhan,
Salam bulan kemenangan!
BarakAllahu lakum!

No Response to "~Pecutan terhenti~"